#BlogArchive1 .widget-content{ height: 300px; margin: 10px; width: auto; overflow: auto; }

Aku seorang peminat batu


Aku melihat sesuatu yang cantik dan unik tentang batu. Aku seorang peminat cincin yang bermata batu. Hobi ku mengumpul batu. Bila saja bercakap tentang batu aku memang akan layan habis. Perasaan ku berdebar debar bila orang bercerita tentang batu. 

Anehnya menjadi seorang manusia


Menjadi seorang manusia memang aneh. Kenapa ? Kerana manusia merupakan makhluk yang pintar dan sempurna di antara segala hidupan yang ada dimuka bumi. Manusia dan manusia lainnya pasti ada perasaan. Perasaan untuk dicintai dan mencintai. Aneh bukan ?

Namun, perasaan yang ada pada sesorang sangat berbeza. beruntunglah orang yang mempunyai perasaan yang normal kerana mereka tidak akan dikutuk oleh banyak orang. Segelintir manusia yang tanpak normal dari luaran tapi pada hakikatnya punya masalah besar dari dalam.

Perasaan, semua orang tahu apa itu perasaan. Lelaki suka peremuan atau perempuan suka lelaki adalah normal. Namun, bila lelaki suka lelaki atau perempuan suka perempuan ia memang agak janggal pada pendengaran telinga orang lain.

Janggal ? Ia memang janggal dan aneh dari kehidupan manusia lainnya. Namun, perlukah mereka disalahkan ? Siapa yang perlu disalahkan ? Ibu bapa ? Diri sendiri ? Atau pencipta ? Yang pastinya perasaan itu lahir semula jadi. 

Lelaki yang suka dengan perempuan dan lelaki sekaligus juga amat pelik tapi hakikatnya manusia seperti ini memang wujud. Anehnya menjadi seorang manusia. 

Jika ada 1000 agama didunia ?


Aku seorang yang mudah ragu dengan apa sekalipun soalan. Contoh soalan, adakah Tuhan itu wujud ? Bercakap tentang Tuhan ? Aku tidak percaya sesuatu yang tidak kelihatan. Aku tidak akan percaya sesuatu yang tidak dapat diterima akal sehat mahupun logik.

Aku tidak memusuhi agama dan orang orang yang berTuhan. Aku sedar bahawa orang bermacam ragam. Ada yang masih memerlukan Tuhan dan ada yang tidak perlu Tuhan. Kalau aku berbuat baik, bukan hidup abadi di syurga yang aku harapkan, tapi kerana aku tahu bahawa sesuatu perlu dilakukan. Kalau aku tidak berbuat jahat, bukan siksa neraka yang aku takutkan, cukup kerana aku tahu perbuatan tersebut adalah dilarang.

Mengapa ada banyak Tuhan ? Jika semuanya adalah Tuhan yang sama mengapa aturan, tuntunan dan tuntutannya berbeza ? Hanya ada dua alasan, pertama semua agama sama baiknya. Dan alasan yang kedua ialah ikuti kata hatimu sendiri. Jika ada 1000 agama di dunia, memilih salah satu bererti berharap 1 surga, tetapi bersiap masuk 999 neraka agama lain yang disiapkan bagi orang ‘kafir’.

Kata orang agama itu umpama makanan. Ya makanan untuk jiwa. Pilih yang sesuai dan sedap. Walaupun ia bergizi tapi kalau makan terpksa bererti tidak membawa manfaat dan yang pasti tidak akan rasa sedapnya. Keputusanku ialah aku akan ikut akal budiku. Selepas ini jangan lagi tanya agama aku apa. Aku seorang atheist tidak percaya dengan semua agama dan tidak sama sekali percaya dengan kewujudan Tuhan.