#BlogArchive1 .widget-content{ height: 300px; margin: 10px; width: auto; overflow: auto; }

Jika ada 1000 agama didunia ?


Aku seorang yang mudah ragu dengan apa sekalipun soalan. Contoh soalan, adakah Tuhan itu wujud ? Bercakap tentang Tuhan ? Aku tidak percaya sesuatu yang tidak kelihatan. Aku tidak akan percaya sesuatu yang tidak dapat diterima akal sehat mahupun logik.

Aku tidak memusuhi agama dan orang orang yang berTuhan. Aku sedar bahawa orang bermacam ragam. Ada yang masih memerlukan Tuhan dan ada yang tidak perlu Tuhan. Kalau aku berbuat baik, bukan hidup abadi di syurga yang aku harapkan, tapi kerana aku tahu bahawa sesuatu perlu dilakukan. Kalau aku tidak berbuat jahat, bukan siksa neraka yang aku takutkan, cukup kerana aku tahu perbuatan tersebut adalah dilarang.

Mengapa ada banyak Tuhan ? Jika semuanya adalah Tuhan yang sama mengapa aturan, tuntunan dan tuntutannya berbeza ? Hanya ada dua alasan, pertama semua agama sama baiknya. Dan alasan yang kedua ialah ikuti kata hatimu sendiri. Jika ada 1000 agama di dunia, memilih salah satu bererti berharap 1 surga, tetapi bersiap masuk 999 neraka agama lain yang disiapkan bagi orang ‘kafir’.

Kata orang agama itu umpama makanan. Ya makanan untuk jiwa. Pilih yang sesuai dan sedap. Walaupun ia bergizi tapi kalau makan terpksa bererti tidak membawa manfaat dan yang pasti tidak akan rasa sedapnya. Keputusanku ialah aku akan ikut akal budiku. Selepas ini jangan lagi tanya agama aku apa. Aku seorang atheist tidak percaya dengan semua agama dan tidak sama sekali percaya dengan kewujudan Tuhan.